fbpx

Farid Kamil, aku tunggu kau di mahkamah – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL mahu menyaman Farid berhubung kenyataan berbaur perli yang ditulis pelakon itu dalam InstaStory miliknya sebelum ini.

GOMBAK – Pengarah Syamsul Yusof bakal mengheret Farid Kamil ke mahkamah berhubung kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepadanya apabila dikatakan dia pernah memukul wanita yang kini isteri pelakon itu, Diana Danielle sekitar 2005.

Ujar Syamsul, dia tidak mahu dianggap seperti ‘pondan’ apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan dalam media sosial seperti yang dilakukan oleh Farid.

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pengarah berusia 39 tahun itu, dia tidak lagi aktif dalam media sosial, namun mengetahui hal tersebut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.

“Saya malas nak main media sosial. Kita dah tua, nak cari rezeki. Masa muda-muda dulu okeylah kot. Sekarang hal yang remeh-temeh, saya malas nak layan sebab tidak mahu bergaduh.

“Tapi saya anggap ini ujian untuk menjadikan saya semakin matang. Bayangkan daripada berkawan (dengan Farid), tiba-tiba timbul cerita begini. Kau dah kenapa?” katanya selepas ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam selepas memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Terdahulu, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahri, 42, menerusi untaian entri dalam InstaStory memerli seseorang yang didakwa pernah memukul Diana Danielle.

Akibat tindakan individu terbabit, isterinya mengalami trauma jangka panjang sehingga sekarang.

“Untuk rekod, ya dia memukul wanita bernama Diana pada 2005. Laporan dibuat tapi tiada tindakan,” tulis Farid.

Kenyataan pelakon Legenda Budak Setan itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendakwa pernah dipukul oleh suaminya sehingga menjasi asbab keluar rumah sekitar tahun 2020.

Syamsul dan Diana sebelum ini pernah menjadi pasangan kekasih sekitar tahun 2005, sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2008. Diana kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012.

Dalam satu sesi temu bual audio siar, Stusdio Sembang bersama Amellia Henderson pada Disember tahun lalu, Diana pernah membuat pendedahan menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya.

Menurut Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, kejadian berlaku ketika dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI