fbpx

Dewan Rakyat: Program TVET, pemulihan ekonomi, isu sosial tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pemulihan ekonomi negara serta pindaan bagi menghukum tindakan bunuh diri, antara yang menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amiruddin Shari mengemukakan soalan berkaitan TVET kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau mahu tahu apakah kekurangan penawaran graduan TVET berdasarkan permintaan industri serta langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelompangan tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Menteri Ekonomi menyatakan strategi dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mempercepat pemulihan ekonomi negara khususnya bagi memenuhi keperluan kumpulan rentan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

Dalam isu cubaan bunuh diri pula, Ahli Parlimen Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen meminta Perdana Menteri berkongsi perkembangan usaha kerajaan meminda Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk tidak lagi menghukum pelaku bagi tangani isu peningkatan jumlah cubaan bunuh diri.

Turut dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini adalah Dasar Pengguna Negara.

Ahli Parlimen Batang Sadong meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memperincikan adakah kerajaan akan menilai semula dasar tersebut memandangkan fokus kini bertambah kepada isu kos sara hidup.

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-15 berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI