PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 835 kes termasuk daripada dua kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 28,640 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 830 adalah kes baharu membabitkan penularan tempatan manakala lima kes import.
“Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 410 kes diikuti Negeri Sembilan (155), Selangor (126), Labuan (76), Sarawak (16) dan Pulau Pinang (13).
“Dua kluster baharu lain ialah Kluster Lintas di Kota Kinabalu, Sabah dan Kluster Limbungan di Labuan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan hari ini.
Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 238.
Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 674 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 18,499 setakat hari ini. -K! ONLINE