fbpx

[VIDEO] Laungan azan iringi petugas barisan hadapan ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin (tengah) bergambar bersama enam orang petugas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang akan bertugas di Sabah.- Foto Facebook Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

KOTA BHARU – Pemergian seramai enam orang Pembantu Perawatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dari tiga buah hospital di negeri ini untuk menjalankan tugas di Sabah diiringi dengan laungan azan di Lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, empat daripada mereka dari HRPZ II, seorang dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan seorang lagi petugas dari Hospital Jeli.

Katanya, kesemua petugas itu telah disediakan dengan dokumentasi lengkap, persiapan fizikal,mental, latihan dan psikologi.

Menurutnya, enam petugas JKNK itu bertindak sebagai barisan hadapan untuk membantu menurunkan gelombang baharu wabak Covid-19 yang menunjukkan peningkatan di Sabah.

“JKNK telah menghantar seramai 79 orang anggota ke Sabah bermula 23 September hingga 1 November ini.

“Ia merupakan satu komitmen semua pihak untuk membantu dan JKNK tidak ketinggalan untuk terlibat sama,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena pelepasan anggota JKNK di Lobi Kompleks Rawatan Harian, HRPZ II di sini semalam.

Hari ini, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan anggota JKNK wanita yang akan bertugas di Sabah diiringi dengan laungan azan sewaktu perjalanan mereka menuju ke kenderaan.

Dalam video berdurasi satu minit 25 saat itu, rakan anggota JKNK yang bertugas tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada mereka dengan diiringi linangan air mata.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, JKNK mengucapkan tahniah kerana mereka yang mewakili Jabatan Kesihatan Kelantan denban sukarela menjadi sebahagian daripada barisan hadapan untuk membantu menguruskan pesakit Covid-19 di Sabah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI