fbpx

Brazilian Connection sandaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (tengah) mengakui usaha membentuk gandingan bersama Dos Santos menjadi lebih mudah apabila kedua-dua mereka berasal dari negara yang sama. – FB FAM

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PEMAIN naturalisasi, Paulo Jo­sue berharap ramuan ‘Brazilian Connection’ bersama Endrick Dos Santos mampu membantu pasukan kebangsaan beraksi pada tahap yang terbaik ketika berdepan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.

Josue, 34, berkata, walaupun tidak pernah bermain bersama, namun mereka mudah untuk memahami gaya permainan antara satu sama lain dan dapat berkomunikasi dengan jelas.

“Sebelum ini dalam tempoh lima ke enam tahun kami pernah berkongsi padang dalam aksi Liga Malaysia, namun bukanlah dalam pasukan yang sama.

“Memandangkan kami ber­asal dari Brazil, jadi tidak timbul masalah komunikasi. Saya sukakan cara permainan Endrick (Dos Santos) dan berharap gandingan kami berdua ini membantu pasukan dengan beraksi lebih baik,” katanya.

Harimau Malaya akan berdepan Turkmenistan pada Khamis ini sebelum melayan kunjungan pasukan Hong Kong (Selasa) pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Josue turut meluahkan rasa gembira dan bangga apabila di­pilih oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk beraksi bersama skuad kebangsaan buat pertama kali.

“Saya berikrar untuk memberi persembahan terbaik bagi membalas jasa jurulatih yang memberi peluang bersama skuad Harimau Malaya. Saya amat berharap mampu memberi impak kepada pasukan.

“Kini, saya dalam proses memahami dan menguasai sistem serta corak permainan yang di­terapkan ketua jurulatih yang mahu pemain melakukan high press dan memanfaatkan pemain sayap lincah seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Akhyar Rashid,” ujarnya.

Ditanya mengenai rekod pertemuan Malaysia menentang Turkmenistan, pemain kelahiran Brazil itu berkata, rekod itu tidak memberi sebarang makna dan menjangkakan ia akan menjadi satu pertemuan yang sengit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI