fbpx

Malaysia duduki tangga ke-55 negara paling gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia menduduki tangga ke-55 negara paling gembira di dunia. -- AFP

WASHINGTON – Malaysia berada pada kedudukan ke-55 negara paling gembira di dunia, demikian menurut Laporan Kegembiraan Global 2023 yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Ia merupakan peningkatan 15 anak tangga selepas Malaysia menduduki tangga ke-70 tahun lalu. Malaysia memperoleh 6 mata pada tahun ini tetapi masih berada di belakang Singapura yang menduduki tempat ke-25 senara berkenaan.

Negara itu juga berada di hadapan Thailand, Filipina, Indonesia dan Laos yang masing-masing berada di tangga ke-60, 76, 83 dan 89.

Senarai tahun ini menyaksikan Finland terus unggul dengan 7.8 mata diikuti Denmark (7.6 mata) dan Iceland (7.5 mata) di tempat ketiga. Israel yang menjajah Palestin berada di tempat keempat (7.5 mata) di belakang Belanda (7.4 mata), manakala Sweden di tempat keenam dengan catatan 7.4 mata.

Norway menduduki tempat ke tujuh dihadapan Switzerland, manakala Luxembourg menduduki tangga kesembilan. New Zealand pula melengkapi ranking 10 negara paling bahagia tersebut.

Palestin yang dijajah Israel pula menduduki tangga ke-99.

Menurut portal berita CNN, indeks itu adalah berdasarkan tinjauan global di lebih 150 negara. negara-negara dalam indeks tersebut dinilai berdasarkan skor purata kehidupan mereka sepanjang tiga tahun dan dalam kes ini antara tahun 2020 hingga 2022.

Laporan yang dikeluarkan kelmarin itu mengenal pasti negara paling gembira dan sebaliknya.

Kelmarin menandakan sambutan Hari Kebahagiaan Antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh PBB. 2023 merupakan tahun ke-10 indeks berkenaan diterbitkan.

Sementara itu, blok Barat terus berada pada kedudukan tinggi senarai sama dengan Austria menduduki tempat ke-11 diikuti oleh Australia (12), Kanada (13), Ireland (14), Amerika Syarikat (15), Jerman (16), Belgium (17), Republik Czech (18), Britain (19) dan Lithuania (20).

Russia yang menceroboh Ukraine pada 24 Februari tahun lalu berada di tempat ke-70, manakala negara yang diserang Moscow itu di tempat ke-92 .

Sementara itu, Afghanistan menduduki tempat tercorot di tangga ke-137 di belakang Lebanon, manakala negara yang mencatat markah rendah termasuk Mesir (127), India (126), Jordan (123) dan Zimbabwe (134).

“Kebahagiaan global tidak terjejas dalam tiga tahun pandemik Covid-19 dan penilaian kehidupan dari 2020 hingga 2022 sangat berdaya tahan,” kata laporan itu dengan purata kebahagiaan global pada asasnya sejajar dengan tiga tahun sebelum pandemik itu berlaku.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI