fbpx

Farid tak jumpa anak sejak 3 Mac, Diana tak benarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS Farid, Azhari Hamid memaklumkan, pelakon itu terganggu dengan kemelut rumah tangganya bersama isteri dan memerlukan ruang untuk berdepan ujian tersebut.

PETALING JAYA – Pelakon Farid Kamil mendakwa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora sejak 3 Mac lalu.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari bagaimanapun tidak mendedahkan alasan mengapa isterinya, Diana Danielle berubah sikap terutama sejak pulang mengerjakan umrah sekeluarga hujung Februari lalu.

Perkara tersebut didedahkan pengurus Farid, Azhari Hamid yang turut meminta agar pelakon filem Anwar: The Untold Story itu diberikan ruang berhadapan dengan ujian dalam hidupnya.

“Saya tak berani nak cakap lebih tentang urusan rumah tangga orang. Sudah tentu mentalnya terganggu dengan apa yang berlaku melibatkan perkahwinannya dengan Diana.

“Tentang alasan mengapa Diana ingin bercerai, itu perlu datang dari bibir sama ada Farid atau Diana sendiri untuk sebarang perincian.

“Apa yang saya tahu, sejak 3 Mac lalu, memang Farid dah tak dibenarkan berjumpa dengan dua anaknya. Mereka pun tak lagi tinggal sebumbung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online, sebentar tadi.

Ditanya tentang sama ada status kewangan Farid menjadi penyebab runtuhnya rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lepas, jawab Azhari: “Perkara tersebut hanya Farid boleh jawab. Nanti bila dia dah tak runsing dan bersedia bertemu media, dia sendiri akan menjelaskan kesemuanya.”

Semalam, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini.

Permohonan cerai tersebut atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pagi semalam.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI