fbpx

Mahkamah: Pemandu lori didenda RM10,000 simbah cat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan hari ini, atas kesalahan menyimbah cat merah pada kenderaan di daerah ini Februari lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Seorang pemandu lori didenda sebanyak RM10,000 di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cat merah ke sebuah kenderaan di daerah ini bulan lalu.

Tertuduh, Lim Wei Kien, 39, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Majistret turut memerintahkan 10 bulan penjara jika tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Difahamkan, tertuduh gagal membayar denda dan dihantar ke Penjara Jelebu bagi menjalani hukuman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada kenderaan jenis Toyota Vellfire miliki seorang lelaki pada pukul 9 pagi, 26 Februari lalu di sebuah taman di Jalan Rompin, di sini.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh selain tidak diwakili peguam serta memaklumkan teman wanitanya kini sedang mengandung.

Difahamkan, tertuduh mengambil upah sebanyak RM150 bagi kerja menyimbah cat ke atas kenderaan dan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI