fbpx

Mahkamah: Kes cerai Hafidz, Shuhada ditangguh ke 9 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz 9kiri) dan Shuhada ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei bagi sebutan semula kes cerai pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada.

Ini kerana terdapat isu baharu apabila Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendakwa suaminya ada melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29 memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut.

“Kami baru terima semalam salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas (Shuhada).Namun pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu pada 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntuan balas itu,” kata peguam syarie itu.

Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie lain Ummi Kartini Abd. Latiff.

Sementara itu, peguam syarie Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Shuhada mengesahkan pihaknya telah memfailkan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

“Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApp. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” kata peguam syarie itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI