fbpx

Dewan Rakyat: 140,447 penerima Bantuan Warga Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun, berdasarkan statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Disember 2022 terdapat seramai 140,447 penerima Bantuan Warga Emas (BWE) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu berkata, jumlah peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM 831.4 juta.

“Manakala bilangan penerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)) adalah seramai 26,904 penerima dengan peruntukan yang disalurkan sebanyak RM160.2 juta.

“Semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021, kerajaan telah menaikkan kadar BWE daripada RM350 kepada RM500 sebulan dan Bantuan Penjagaan OKU/BPT daripada RM350 kepada RM500 sebulan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI