fbpx

Saya tak kahwin lain, itu fitnah – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ menegaskan dia masih solo dan tidak berkahwin lain seperti didakwa isterinya, Shuhada sebelum ini. Foto - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Aktor Hafidz Roshdi menafikan sudah mendirikan rumah tangga kali kedua seperti yang didakwa oleh isterinya, Nurul Shuhada sebelum ini.

Menurut Hafidz, 29, dakwaan yang dimuat naik Shuhada menerusi surat terbuka pada 11 Mac lalu dalam Instagram adalah fitnah semata-mata.

“Saya masih single dan available. Insya-Allah kalau saya bercerai ini, saya masih solo dan belum berkahwin lagi.

“Tak betul mengenai dakwaan keluarga benarkan saya berkahwin lagi, itu semua fitnah belaka,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat pelakon itu, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu tersebut.

Kes perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.

Dalam prosiding hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir, manakala Shuhada diwakili peguam Nurfarhana Abd. Manaf.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pelakon drama Tundukkan Playboy itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI