fbpx

Dewan Rakyat: 50.3 peratus akaun pinjaman isi rumah berkadar tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50.3 peratus daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah setakat Disember tahun lalu adalah pinjaman berkadar tetap.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pinjaman berasaskan kadar tetap tidak terlibat dalam turun naik Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Bagi peminjam berpendapatan rendah iaitu kurang RM5,000 sebulan termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus daripada jumlah akauan peminjaman adalah berasaskan kadar tetap.

“Inflasi makanan saya akui lebih tinggi daripada kadar inflasi diumumkan. Ini yang kita hadapi. Semoga dengan segala jenama dibawah `rahmah’ mudah-mudahan dapat membantu mengurangkan kadar inflasi khususnya tentang makanan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI