SHAH ALAM – Pelakon popular, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini sekitar pukul 10.45 pagi tadi.
Hari ini adalah prosiding bagi pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.
“Nanti saya akan kongsi,” kata Hafidz ringkas.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada kelibat Shuhada dilihat di mahkamah.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE