fbpx

Tanya mereka sendiri – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADZIL enggan masuk campur dalam memberikan komen berhubung kemelut rumah tangga Farid dan Diana.

PETALING JAYA – Adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari lebih selesa untuk tidak mengulas isu rumah tangga abangnya dengan Diana Danielle.

Katanya, lebih baik kemusykilan mahupun pertanyaan tentang punca kakak iparnya bertindak sedemikian ditanya kepada Farid dan Diana sendiri.

“Saya tak boleh ulas perkara membabitkan rumah tangga mereka. Saya minta maaf sangat-sangat.

“Lebih sesuai kalau tuan punya badan sendiri yang kongsi atau perincikan sebab ini (hal) peribadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Pasangan yang dilihat bahagia itu mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, hari ini, bagi sebutan permohonan cerai diajukan Diana.

Aktres berusia 32 tahun itu menfailkan permohonan tersebut pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan mereka untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menerusi mesej Whatsapp kepada Kosmo! Online, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menyerahkan semuanya kepada mahkamah.

Sehingga kini, Diana mengambil pendekatan mengunci mulut apabila enggan menjawab panggilan mahupun mesej berhubung kemelut dihadapi.

Pada masa sama, timbul dakwaan mengatakan bapa kepada dua cahaya mata itu tidak dapat bertemu anak-anak selain dihalang masuk ke dalam rumah sejak awal bulan ini.

Berita membabitkan pasangan tersebut mengejutkan ramai apatah lagi mereka baru pulang dari mengerjakan umrah bersama anak-anak akhir bulan lalu.

Terdahulu, pada 2016 pernah bertebaran spekulasi perkahwinan mereka goyah apabila Diana didakwa hadir ke Mahkamah Syariah.

Rumah tangga yang dibina pada November 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI