fbpx

12 hari hilang, warga emas ditemui meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Taee, Serian, hari ini.

SERIAN – Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Taee, di sini pada 9 Mac lalu ditemui meninggal dunia di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 73 tahun itu dijumpai oleh pekerja ladang kelapa sawit pada jarak empat kilometer dari rumah mangsa selepas 12 hari hilang di dalam hutan.

Katanya, susulan laporan yang diterima mengenai penemuan mayat itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian segera dikerahkan ke lokasi.

“Komander operasi memaklumkan benar ada mayat berada di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 9 Mac lepas setelah pengecaman dibuat melalui pakaian mangsa oleh anak mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Serian bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI