fbpx

‘Jika bukan pelakon, saya mungkin jadi ejen insurans’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan insurans.

PETALING JAYA – Aktor popular Meerqeen memberitahu dia mungkin akan bekerja sebagai ejen insurans sekiranya tidak menjadi seorang pelakon.

Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku kerana dia pernah melanjutkan pengajian berkaitan insurans sebelum ini.

“Jika tidak menjadi pelakon, mungkin saya seorang ejen insurans kerana sebelum ini saya belajar jurusan tersebut.

“Pada awalnya ayah juga pernah tidak setuju saya sertai industri seni tetapi kini dia menjadi penyokong utama saya,” katanya dalam sebuah program, semalam.

Dalam temu bual sama, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu memberitahu pernah mempunyai impian untuk dikenali suatu hari nanti.

“Saya ada impian untuk orang lihat saya pada masa depan.

“Malah, saya juga pernah bayangkan hal itu dan menetapkannya sebagai salah satu sasaran dalam hidup.

“Namun, saya tak sangka semuanya datang secepat ini,” kata bekas finalis Hero Remaja 2020 berkenaan.

Nama Meerqeen sebelum ini meledak selepas membintangi drama Melur Untuk Firdaus bersama Anna Jobling.

Popularitinya bukan setakat di tanah air tetapi turut melebar ke Indonesia, Singapura dan Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI