fbpx

Noaa Laine idam sertai kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAINE mengakui perlu segera menyesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya bagi memastikan namanya berada dalam kesebelasan utama. – FB FAM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PEMAIN kebangsaan, Nooa Laine mahu bekerja keras untuk menyesuaikan rentak permai­nannya dengan corak serangan pantas yang biasa dimainkan Harimau Malaya.

Menurut pemain berusia 20 tahun itu, dia amat menghargai peluang diberi dan merasakan panggilan menyertai skuad kebangsaan sebagai satu penghormatan buat pemain muda sepertinya.

“Selepas mengikuti latihan pasukan kebangsaan, saya dapati kualiti dan corak permai­nannya berbeza di Finland yang lebih teknikal berbanding di sini di mana rentaknya adalah lebih ‘straight forward’.

“Oleh itu, saya harus segera sesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan jurulatih selain perlu turut bermain secara pantas dengan juga mengenali corak permainan rakan-rakan lain,” katanya.

Tambah Laine yang baru sahaja menyertai kelab SJK Akatemia yang beraksi di Liga Divisyen 1 Finland itu, dia akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ketua jurulatih, Kim Pan-gon menyenarai dirinya dalam kesebelasan utama.

“Saya mahu menjadi pemain penting dalam skuad Harimau Malaya pada masa depan, untuk itu saya perlu sentiasa konsisten khususnya dalam permainan peringkat kelab dan juga semasa latihan.

“Saya mahu tunjukkan kualiti yang saya miliki untuk membantu skuad kebangsaan memenangi kedua-dua perlawanan tersebut,” jelasnya yang bermain di posisi tengah.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Khamis ini, manakala perlawanan menentang Hong Kong akan diadakan Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI