fbpx

Selawat, hip hop nafas baharu Tiada Kata Secantik Bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIJJAZ, Luca, Pasha dan Kmy Kmo bergabung dalam lagu Tiada Kata Secantik Bahasa 2020.

MUZIK sememangnya salah satu cara terbaik untuk berkongsi dan menyampaikan dakwah. Ini jelas terbukti menerusi pelbagai lagu, pesanan serta ajaran positif menjadi kandungan dendangan popular oleh ramai artis tempatan dan  antarabangsa.

Kini, sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh Biduan Negara, Tan Sri P. Ramlee berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa telah diberikan nafas baharu untuk menyampaikan pesanan positif tentang Nabi Muhammad SAW.

Lagu yang memuji kemuliaan Rasulullah SAW itu dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular Hijjaz, bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga merupakan artis rakaman Universal Music Malaysia.

Biarpun lagu asal merupakan P. Ramlee manakala liriknya ditulis oleh Jamil Sulong, versi baharu Tiada Kata Secantik Bahasa menampilkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bercerita tentang kisah di sebalik tabir penghasilan Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 (TKSB2020), Isman Hijjaz berkata, idea penerbitan TKSB2020 sudah tercetus sejak dua tahun lalu semasa Hijjaz berada di Madinah menunaikan umrah.

“Ketika itu terdetik dalam hati, bagaimana sekiranya lagu daripada P. Ramlee itu diubah menjadi selawat Nabi? Adakah peminat dapat menerima kombinasi tiga genre iaitu rock, nasyid dan Hip Hop. Apabila  pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea yang memberangsangkan. Daripada pihak MonkeyBone juga, idea ini diterima baik oleh artis dan semuanya memberi kerjasama yang amat positif,” jelas Isman.

Gabungan segar dan inisiatip memodenkan lagu TKSB  tersebut diharap mampu kelainan dan secara tiodak mengajak peminat muzik untuk sama-sama berselawat memuji kebesaran

Mewakili generasi pemuzik masa kini, Luca Sickta tentunya berbesar hati untuk sama-sama menyuburkan melodi lama dengan sentuhan baharu.

“Muzik adalah Universal, tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat  di hati,” kata Luca.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia tersebut sudah boleh didapati menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer bermula 25 Oktober 2020. Video muzik rasmi TKSB2020 juga boleh dilayari  menerusi saluran YouTube Unviersal Music Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI