fbpx

Jadi anak Sri Devi, Janhvi Kapoor ‘penat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANHVI KAPOOR

DILAHIRKAN dalam keluarga berpengaruh dan popular menjadi kelebihan buat bintang muda termasuk pelakon Janhvi Kapoor.

Berikutan status sebagai anak aktres legenda Sri Devi dan produser Booney Kapoor, ramai mengatakan pelakon berusia 26 tahun itu tidak perlu bekerja keras untuk ‘naik’.

Menyedari tanggapan sedemikian memberi persepsi terhadap dirinya, Jahnvi menegaskan dia tidak pernah berasa kesal dilahirkan dalam keluarga dikenali, malah berbangga dengan legasi turun-temurun Kapoor.

Pelakon filem Mili itu juga mengatakan dia sentiasa meraikan kelebihan dimiliki namun tetap bekerja keras untuk tampil bersama hasil kerja terbaik bagi menjaga nama keluarga.

“Isu legasi sudah menjadi sebahagian identiti saya tidak kira perkara itu dilihat dari segi positif atau negatif. Namun saya tak pernah kesal, sebaliknya berbangga.

“Saya sebenarnya sudah penat berasa bersalah apabila dikatakan mempunyai kelebihan menjadi anak Sri Devi dan Booney Kapoor.

“Kenapa perlu saya tarik semua identiti itu. Saya berterima kasih atas perhatian selain bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI