fbpx

679 guru agama SAKJ diperlukan seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED ketika berucap pada sesi soal jawab Persidangan DUN Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Johor memerlukan sehingga 679 guru agama bagi perjawatan gred DG29 dan DG41 untuk mengisi kekosongan yang terdapat di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya komited untuk mengatasi masalah kekosongan penjawatan berkenaan, tahun ini.

Menurut beliau, antara faktor berlakunya masalah itu termasuklah sebahagian guru SAKJ berhijrah ke Kementerian Pelajaran (KPM).

“Kekosongan guru agama SAKJ setakat ini adalah seramai 595 waran bagi gred DG29 dan 74 waran bagi gred DG41.

“Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah membuat permohonan kepada SUK Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk membuat lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi Gred DG29 dan DG41 pada 11 Disember 2022.

“Pada 18 Januari ini, tindakan telah diambil untuk membuat lantikan kontrak secara berperingkat bagi mengatasi masalah kekosongan guru. Langkah itu dibuat dan bukannya lantikan tetap adalah disebabkan kekangan kewangan,” katanya ketika berucap pada sesi soal jawab sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-5 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Manap (BN-Pemanis) berhubung tindakan Siam kerajaan negeri untuk mengisi kekosongan jawatan guru agama SAKJ.

Sehubungan itu, Mohd. Fared memberitahu, Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ telah membuat permohonan lantikan kontrak sebanyak 450 waran bagi jawatan guru DG29 dan 57 waran bagi jawatan guru DG41.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI