fbpx

Ramalan cuaca lebih kering ketika Ramadan adalah kurang tepat – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
klim yang berubah dan cuaca ekstrem meningkat adalah norma-norma baharu pada tahun-tahun dan dekad mendatang. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kenyataan tentang cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun (hujung bulan Mac) adalah kurang tepat, ujar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dakwaan dimana cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun berkemungkinan merujuk kepada cuaca di Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta Johor Timur.

“Semasa fasa peralihan monsun dari Timur Laut ke Barat Daya, lazimnya cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang lebih kerap berlaku pada sebelah petang, terutama di kawasan pedalaman dan Barat Semenanjung.

“Secara amnya, taburan hujan paling tinggi di barat Semenanjung, terutama di Lembah Klang berlaku semasa fasa peralihan monsun.

“Oleh itu, kenyataan bahawa cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun adalah kurang tepat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, orang awam disarankan untuk sentiasa cakna dengan maklumat, ramalan dan amaran cuaca.

Pada 14 Mac lalu, Muhammad Helmi turut menjangkakan cuaca panas melanda semenanjung, terutama di bahagian utara, sehingga ke hari ini.

Semalam, suhu paling panas dicatatkan di di Alor Setar, Kedah dengan 36°C diikuti dengan Chuping, Perlis (35.8°C), Pulau Langkawi (35.6°C) dan Petaling Jaya, Selangor (35°C). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI