fbpx

Mahkamah: Kes cerai Hafidz Roshdi mengikut Seksyen 57

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz Roshdi bersama Nurul Shuhada

SHAH ALAM – Kes cerai pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, akan dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Perkara itu disahkan peguam syarie terkemuka Datuk Akberdin Abdul Kader akan mewakili Hafidz pada sebutan kes penceraian itu yang dijangka akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini esok.

“Ya..kes mengikut Seksyen 57,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, disini tiga minggu lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI