fbpx

Dewan Rakyat: Malaysia teruskan usaha bantu selesai konflik Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meneruskan usaha-usaha sedia ada dalam membantu Myanmar mencapai penyelesaian terhadap konflik di negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, usaha tersebut termasuk menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan demi mencapai satu penyelesaian damai dan berkekalan.

Menurutnya, Malaysia juga berpandangan bahawa situasi di Myanmar adalah permasalahan serantau yang menggugat keselamatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran Asean.

“Tambahan pula, Myanmar ini tidak seharusnya menjadi penghalang dalam mengukuhkan pembangunan ekonomi Asean.

“Justeru, Malaysia terus kekal mengambil pendekatan untuk bersama-sama negara anggota Asean khususnya Indonesia yang kini adalah Pengerusi Asean dalam menangani isu Myanmar,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang) yang meminta beliau menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha mencari penyelesaian terhadap konflik Myanmar yang telah dimulai oleh kerajaan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI