fbpx

Hapus AUKU: Kajian mendalam perlu dilaksanakan -Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian sedang mengkaji dengan mendalam kerana kita mahu lakukan secara menyeluruh.- Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SERDANG – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya sedang mengkaji secara mendalam mengenai penghapusan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Menurutnya, peruntukan berkenaan perlu dikaji sebaik mungkin sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

“Perdana Menteri kata akan ada fasa-fasa peruntukan berkisarkan kepada soal kebebasan dan autonomi akan dilihat malah mungkin dipinda.

“Kementerian sedang mengkaji dengan mendalam kerana kita mahu lakukan secara menyeluruh.

“Justeru, kita perlu lihat sendiri apa yang perlu dipinda,”katanya ketika sidang media selepas Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Farm Fresh dan Perasmian Edutourism Farm Fresh@UPM, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan kerajaan memberi jaminan akan menghapuskan peruntukan dalam AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.

Menerusi Dialog Anak Muda – Temu Anwar, Perdana Menteri memaklumkan beliau akan melakukan perbincangan mengenai perkara berkenaan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI