fbpx

Pendarahan dalam kepala, organ dalaman cedera, abang Stacy ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STACY meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buat abangnya, Chaq yang kini ditidurkan selepas terlibat dengan kemalangan pada Rabu lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi Stacy memohon doa daripada orang ramai untuk abangnya, Camellus Delleli Anam atau lebih dikenali sebagai Chaq yang ditidurkan kerana mengalami pendarahan dalam kepala.

Situasi dihadapi Chaq, 35, akibat penyanyi itu terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari pada Rabu lalu, namun dia yang dirawat di Hospital Sibu, Sarawak selamat menjalani pembedahan kelmarin.

Dukacitanya, akibat kemalangan yang berlaku, beberapa organ dalaman Chaq mengalami kecederaaan selain ada beberapa masalah berkait yang lain.

“Chaq ditidurkan sebab mengalami pendarahan dalam kepala. Dia selamat menjalani pembedahan pada Sabtu lalu tetapi masih ada pendarahan.

“Tetapi ada masalah lain seperti bacaan jantung turun naik sebab hati dan limpa dia terluka. Tekanan darah dan jantung juga rendah selain hati serta buah pinggangnya terkesan,” ujar pengurus Stacy, Afeeq.

Semalam, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 33, menerusi perkongsian InstaStory berkongsi sepotong hadis daripada Abu Daud tentang doa memohon kesembuhan daripada Allah.

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya, Camellus Delleli Anam (Chaq). Semoga Allah merahmati,” tulisnya.

Untuk info, Chaq pernah menyertai rancangan realiti Mentor 3 pada 2009 dengan menjadi protege kepada Ajai dan dinobatkan selaku naib juara. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI