fbpx

Imarahkan surau dan masjid rumah ibadah kita sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (depan enam dari kanan) bergambar bersama rombongan konvoi pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Mangsa Banjir MAIS,agensi, anak syarikat dan JHEIS ke Johor di Wisma MAIS hari ini. -Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS/KOSMO!

SHAH ALAM-Umat Islam wajib mengimarahkan rumah ibadah mereka sendiri iaitu surau dan masjid sepanjang masa terutama pada bulan Ramadan yang akan bermula beberapa hari saja lagi.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof, beliau berharap surau dan masjid di negeri ini akan menjadi pusat umat Islam bersatu padu dan mengeratkan ukhuwah sesama mereka.

“Umat Islam perlu mengambil peluang untuk beribadah pada Bulan Ramadan. Ia adalah bulan yang sangat tinggi nilai pahalanya jika kita bersedekah, bersolat sunat dan sembahyang malam.

“Sempena bulan Ramadan atau bulan puasa inilah masanya untuk kita beramai-ramai menunaikan ibadah di surau untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih berjemaah 20 rakaat.Inilah masa kita mengimarahkan surau dan masjid tempat ibadah kita sendiri, biarlah sampai jemaah melimpah hingga sampai ke luar masjid,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Mangsa Banjir MAIS, agensi, anak syarikat dan Jabatan Hal Ehwal Selangor (JHEIS) ke Johor di Wisma MAIS hari ini.

Terdahulu minggu lalu Abdul Aziz berkata, program yang dibuat untuk memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam dilarang di Selangor dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI