fbpx

Murid Tahun Satu ceria mulakan alam persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURID di SK Kerubong, Melaka bersemangat memulakan sesi akademik 2023/2024 hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Kedatangan hampir 1,400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong, di sini disambut maskot Mickey Mouse dan pintu gerbang dengan dekorasi bunga ala majlis perkahwinan sempena sesi akademik 2023/2024, yang bermula hari ini.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati murid-murid khususnya pelajar baharu Tahun Satu telah memulakan alam persekolahan dalam suasana ceria dan bersemangat tanpa babak ‘air mata’.

Seramai lima murid turut menerima hadiah daripada pihak sekolah sempena kedatangan paling awal bermula pukul 6.30 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, secara keseluruhan seramai 141,089 murid mendaftar di 316 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri ini.

Ujarnya, jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk kanak-kanak yang akan mengikuti pendidikan awal di prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) seramai 5,290 melibatkan 170 buah sekolah rendah dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI