fbpx

MN bakal buang pemimpin rosakkan hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh (kiri).

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas akan mengambil tindakan membuang serta menolak mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan hubungan Muafakat Nasional (MN) yang telah kukuh dibina demi penyatuan ummah sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sejak MN termeterai setahun lalu, hubungan kedua parti terbesar orang Melayu itu berada dalam keadaan baik dan semakin dekat di hati rakyat.

“Saya yakin seluruh pimpinan UMNO dan Pas menjunjung MN yang diikat kukuh dengan nama Allah.

“Namun, jika ada pemimpin yang cuba merosakkannya, saya yakin seluruh ahli dan penyokong Pas serta UMNO akan segera menolak, bahkan membuangnya,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku tidak boleh menjadi punca dan alasan kepada kepanasan, kemarahan dan kebencian.

Tambahnya, ini merupakan ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.

“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh. Negara kita perlukan MN demi kesejahteraan bersama kerana tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional.

“Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, bertukarnya afiat-Mu, kejutan kecelakaan daripada-Mu dan segala kemurkaan-Mu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI