fbpx

‘Adik comel’ berduet dengan Tokti muncul selepas dikongsi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashreen kini sudah berusia 23 tahun.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang sebelum ini dicari selepas video dirinya berduet bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tular di TikTok muncul kembali dan kini sudah berusia 23 tahun.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok wanita itu yang dikenali sebagai Ashreen berkata, dia terkejut kerana video lama tersebut tular semula dan turut mendapat perhatian Kosmo! Online.

“Saya juga terkejut apabila bapa saudara kongsikan link (pautan) berita dari Kosmo! di kumpulan WhatsApp keluarga.

“Ketika itu, ibu saya memang tidak akan ketinggalan setiap tahun pergi ke konsert minggu Setiausaha Siti Nurhaliza,” katanya.

Dalam video itu juga Ashreen berkongsi beberapa keping gambar yang dirakamkan semasa dia ke konsert tersebut pada tahun 2004,2005 dan 2006.

“Saya betul-betul tak sangka video itu dimuat naik semula dan ‘viral’. Saya baca komen dan geli hati macam-macam komen, ada yang kata itu Cik B atau Sherry Al-Hadad.

“Saya memang Siti Zoners (peminat setia) sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan orang ramai meminta seorang kanak-kanak yang videonya menyanyi bersama Siti Nurhaliza tular untuk munculkan diri.

Video itu dipercayai dirakam semasa konsert sempena minggu setiausaha kira-kira 19 tahun yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI