fbpx

Anwar tiba bermesyuarat di Ibu Pejabat UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Ibu Pejabat UMNO bagi mempengerusikan mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, di Kuala Lumpur malam ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini sekitar pukul 8.05 malam tadi.

Ini merupakan kali kedua kehadiran beliau di bangunan tersebut selepas 25 tahun.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir bagi mempengerusikan mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan bermula pukul 8.00 malam ini.

Selain Anwar, turut kelihatan hadir ke mesyuarat itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dap, Amanah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Warisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI