KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan laman web rasmi Malaysia Madani hari ini.
Laman web itu dirasmikan semasa program Dialog Anak Muda Temu Anwar yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, di sini hari ini.
Perasmian itu turut disaksikan oleh lebih 8,000 anak muda yang menghadiri sesi dialog tersebut.
Sementara itu, kumpulan rock, Bunkface turut mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani.
Program dialog itu merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan yang pertama kali sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
Turut hadir ialah, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim. – KOSMO! ONLINE