fbpx

Perkasakan TVET demi peluang pekerjaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bercakap pada Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diperkasakan bagi mencipta peluang pekerjaan buat anak-anak muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan akan ada anjakan besar dalam bidang berkenaan dalam usaha menghasilkan pelatih yang berkualiti.

“Kita berbelanja RM6.7 bilion untuk TVET. Jadi sampai masa untuk syarikat swasta mengambil alih TVET supaya dapat meningkatkan mutu syarikat.

“Ini keputusan drastik, apabila kita minta syarikat swasta ambil alih dan bagi latihan supaya dapat mereka hasilkan produk pelatih yang lebih berkualiti,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta program Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya apakah langkah yang diambil kerajaan bagi membantu anak-anak muda memasuki sektor awam, Anwar berkata, pelantikan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah terhad

“SPA ini prosesnya adalah berdasarkan kekosongan bagi kementerian-kementerian itu. Itu adalah yang paling utama kita perlu faham.

“Sekiranya pelantikan itu dibuat untuk menerima masuk semua permohonan anak muda, maka sistem itu akan membengkak. Ini sebabnya kita menggalakkan TVET untuk mencipta peluang pekerjaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI