fbpx

Thailand rangka rang undang-undang lindungi pekerja seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rang undang-undang tersebut akan menghalang pekerja seks daripada dieksploitasi. - AFP

BANGKOK – Kerajaan Thailand sedang merangka rang undang-undang untuk membolehkan pekerja seks dilindungi bagi mengelakkan mereka daripada dieksploitasi, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia telah mencadangkan rang undang-undang itu yang akan mengehadkan umur minimum untuk menyediakan atau melanggan perkhidmatan tersebut.

Menurut pensyarah fakulti undang-undang di Universiti Thammasat, Narong Jaihan, para pekerja seks berumur di bawah 20 tahun tidak akan dihukum tetapi tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan mereka serta ibu bapa masing-masing.

“Rang undang-undang ini akan menghalang pekerja seks daripada dieksploitasi dan memastikan mereka diberi perlindungan,” ujarnya.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan beberapa peraturan dan perlindungan terhadap industri ‘terpencil yang berkembang maju’ di Thailand itu. 

Antaranya adalah pampasan yang adil akan dilindungi dengan bayaran perkhidmatan seks perlu diletakkan pada kadar sesuai agar tidak melanggar undang-undang gaji minimum.

Selain itu, pemeriksaan fizikal yang kerap juga perlu dilakukan oleh para pekerja seks untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka. 

Pengendali perniagaan berkaitan seks juga akan menerima lesen yang sah selama tiga tahun manakala di Bangkok, perniagaan itu  perlu mendaftar dengan Biro Polis Metropolitan dan gabenor wilayah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI