fbpx

Penempatan warga asing paling sukar disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan sanitasi di UTC Shah Alam hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Proses sanitasi awam khususnya di Selangor sukar dilakukan terutama melibatkan kawasan penempatan yang didiami warga asing.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ini berikutan mereka tidak memahami prosedur dan cara kerja dalam melaksanakan proses nyah kuman tersebut.

“Memang ada halangan sepanjang proses sanitiasi terutama di kalangan warga asing yang enggan bekerjasama seterusnya menyulitkan proses santiasi tersebut.

“Ia berbeza dengan masyarakat tempatan yang memahami dan menyuarakan rasa selamat kerana tempat mereka telah dibuat pembasmian,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir meninjau proses sanitasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 25 anggota dan pegawai kanan terlibat dengan operasi sanitasi di UTC Shah Alam yang mempunyai 17 agensi kerajaan dan 66 buah kedai.

Dalam perkembangan sama, Norazam memberitahu, sebanyak 916 operasi sanitasi awam dilakukan pihaknya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Kata beliau, daerah Petaling mencatatkan operasi sanitasi paling tinggi iaitu 130, Hulu Langat (105), Hulu Selangor (92), Klang (85) , Kuala Langat (75), Sepang (72), Kuala Selangor(66), Sabak Bernam (61) dan Gombak (60). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI