fbpx

Minat sertai ekonomi gig antara faktor lepasan SPM tidak sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamaludin (tengah) memotong reben sebagai simbolik perasmian program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

JELI – Minat terhadap bidang ekonomi gig dan menjalankan perniagaan sendiri merupakan antara faktor pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian di kolej komuniti dan politeknik.

Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kamaludin Daud berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada tahun lalu, kira-kira 30 peratus lepasan SPM yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi manakala lebih 70 peratus langsung tidak membuat permohonan.

Katanya, mereka lebih berminat untuk menjadi penghantar makanan selain menceburi bidang kesenian melalui media sosial memandangkan ia semakin popular.

“Kekurangan kemasukan lepasan SPM bukan sahaja berlaku di politeknik dan kolej komuniti, sebaliknya situasi sama turut berlaku di institusi kemahiran dan teknikal lain.

“Ia berlaku apabila taraf ekonomi negara berubah sehingga menyebabkan ramai golongan muda lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian termasuk yang diusahakan oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, Politeknik Jeli di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaludin memberitahu, sehubungan itu, pihaknya telah mengadakan sesi bersemuka dengan pihak pemain industri untuk berbincang mengenai keperluan yang diperlukan melalui jurusan yang ditawarkan pihak politeknik dan kolej komuniti untuk pasaran kerja.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa membuka peluang kepada lepasan SPM untuk melanjutkan ke institusi pengajian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI