fbpx

Cuti sekolah tamat, aliran trafik di lebuh raya sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan menghala ke ibu negara susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan yang berlaku di KLK.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan perlahan ekoran pertambahan kenderaan yang bermula sejak tengah hari tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya berkata, trafik perlahan sejauh 9.2 kilometer (km) dari km 29 di KLK@E8, sebelum keluar Plaza tol Gombak ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Seterusnya, trafik sesak sejauh 2.4 km bermula dari km 76.9 sehingga km 74.5 (Karak) berikutan semua lorong terhalang akibat kemalangan di km 74.3.

Susulan kemalangan terbabit, LLM memaklumkan, semua kenderaan dilencongkan ke susur Sungai Dua.

Sementara itu di Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E2, trafik perlahan di Km 259.6 hingga Km 260.4 arah utara dari Port Dickson (U) ke Seremban.

Katanya, lorong Smartlane telah diaktifkan manakala laluan paling kiri boleh dilalui.

Bagi PLUS@E1, trafik perlahan susulan kemalangan yang berlaku di km 451.2 arah Selatan dari Rawang (S) ke Sungai Buloh Hospital sehingga mengakibatkan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, lorong kiri terhalang dan kenderaan bergerak perlahan susulan kemalangan yang berlaku di km 107.7 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI