KUMPULAN Fifty Fifty yang baru menapak dalam industri seni pada November lalu sebenarnya tidak begitu mendapat perhatian di Korea Selatan.
Sebaliknya, kegiatan mereka lebih bersinar dalam kalangan peminat luar.
Menurut carta kemas kini Spotify, lagu terbaharu mereka berjudul Cupid versi bahasa Inggeris berjaya menduduki nombor 191 carta global apabila distrim sebanyak 1.07 juta kali dalam platform tersebut.
Ini merupakan Fifty Fifty pertama kali berada dalam carta tersebut sekali gus menjadi lagu ke-12 terbesar untuk tahun ini dalam Spotify global pada 15 Mac lalu.
Lagu tersebut tular dan turut digunakan dalam kebanyakan video TikTok.
Pun begitu, lagu Cupid tidak mencapai kedudukan 1,000 teratas dalam carta muzik Melon dengan mencatat jumlah pendengar hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 di Korea.
Hanya selepas Cupid tular dan berita Fifty Fifty sedang mendaki carta dalam Spotify, netizen Korea mula mendengar dan menyukai lagu tersebut.