LABEL Kim Jong-hyeon memaklumkan privasi penyanyi itu diceroboh sehingga memaksa dia mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang dipercayai merupakan peminat tegarnya.
Label Evmore Entertainment memaklumkan dalam satu kenyataan, beberapa peminat tegar menyerang privasi artis lelaki itu tanpa henti.
“Kami ingin memaklumkan tentang situasi baru-baru ini yang membimbangkan peminat lain.
“Privasi artis kami telah diceroboh dan sedar tentang ancaman terhadap keselamatannya.
“Oleh itu, kami sedang mengawasi orang tertentu yang sentiasa terlibat dalam kegiatan ini,” kata wakil pihak Evmore Entertainment.
Disebabkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab tersebut, mereka mengambil tindakan tegas terhadap peminat yang menyerang privasi pelantun lagu Daybreak itu.
“Mulai hari ini, kelayakan kelab peminat mereka yang mengancam keselamatan Jong-hyeon akan dibatalkan.
“Kami juga melarang individu terbabit terlibat dengan sebarang jadual promosi yang berkaitan dengan artis naungan kami,” ujar label tersebut tegas.