fbpx

Mayat lelaki dijumpai tersangkut pada dahan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bertugas menjumpai mayat lelaki tersangkut pada dahan kayu di Kajang.

KAJANG – Mayat seorang lelaki dijumpai tersangkut pada dahan kayu di dalam sungai berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, tengah hari semalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Datuk Norazam Khamis berkata, menurut laporan awal, lelaki berusia 30-an dipercayai telah terjun ke dalam sungai sedalam lapan kaki sekitar pukul 1.05 tengah hari semalam.

Katanya, sembilan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

“Operasi mencari mangsa ditangguhkan pada pukul 6 petang semalam dan telah disambung semula hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.

“Mangsa berjaya ditemui tersangkut pada dahan kayu oleh anggota bertugas kira-kira pukul 1.05 tengah hari,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat lelaki berkenaan dijumpai sejauh 2.9 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI