fbpx

Mosti mahu tambah 10 Ruang Daya Cipta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (dua dari kanan) mendengar taklimat di RDC Manong, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berhasrat untuk menambah 10 lagi Ruang Daya Cipta (RDC) di seluruh negara pada tahun ini.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, sejak 2020 sehingga kini, pihak kementerian telah menubuhkan 10 RDC di lokasi seperti Manong di Perak dan Sabak Bernam, Selangor.

“Kita ada 10 RDC tapi kita akan cuba perbanyakkan di kawasan luar bandar. Kalau boleh kita nak bangunkan lebih daripada 10 RDC.

“Setiap RDC dibangunkan dengan peruntukan RM300,000. Memang kita ada peruntukan untuk 10 RDC tersebut (yang akan dibangunkan),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja sekali gus melancarkan RDC Manong di sini sebelum mengunjungi serta merasmikan Floraponic Farm Malaysia@Manong di lokasi berdekatan.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, pihak kementerian juga mungkin membangunkan model RDC berbeza daripada sedia ada.

Untuk itu, katanya, Mosti bercadang untuk melaksanakan geran pembiayaan sepadan dengan wakil-wakil rakyat atau kerajaan negeri agar RDC tersebut dapat dibangunkan dengan lebih banyak.

RDC yang dahulunya dikenali sebagai Ruang Reka Cipta telah dibangunkan di lokasi seperti Sandakan, Sabah; Langkawi, Kedah; Tumpat, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Bera, Pahang serta Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang dan Kota Tinggi, Johor.

Ia yang dibangunkan oleh Mosti melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menggabungkan elemen automasi dan pembengkelan seperti bengkel mesin, kraftangan (seni dan kraftangan), peralatan mini studio dan sudut inovasi pemikiran daya cipta.

Lih Kang berkata, ia yang boleh digunakan secara percuma oleh orang awam seperti pelajar, ahli akademik, syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana di kawasan sekitarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI