fbpx

Luahan Pembaca: Jangan sampai terbeli ‘karipap angin’ di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Saudara Pengarang,

Tinggal beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan meraikan kehadiran bulan Ramadan untuk menunaikan satu lagi rukun wajib iaitu berpuasa.

Antara perkara popular setiap kali datangnya bulan Ramadan adalah kewujudan bazar-bazar di seluruh negara yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Tidak kira di desa ataupun bandar besar, bazar Ramadan adalah lokasi yang pasti menjadi pilihan orang ramai untuk membeli makanan bagi berbuka puasa.

Bagaimanapun, dalam keghairahan kita untuk membeli juadah, beberapa perkara harus dipraktikkan agar kita menjadi pengguna yang lebih bijak dan bukannya menjadi pengguna boros.

Sebelum menuju ke bazar, rancanglah perbelanjaan kita dengan menyenaraikan juadah yang ingin dibeli sahaja. Pilih premis yang menawarkan harga lebih berpatutan dengan membuat perbandingan.

Kita sebagai pengguna juga ada hak untuk mendapatkan kualiti makanan yang terbaik, dan bukan bersandar kepada perkataan ‘viral’ semata-mata.

Paling penting, elak jadi mangsa penipuan peniaga dengan tawaran ‘karipap angin’ sertai makanan yang telah basi.

SISWA PRIHATIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI