fbpx

250 sukarelawan sertai program pelihara habitat penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (dua dari kanan) bersama sukarelawan Program 'Friends of Sea Turtles di Taman Negara Teluk Bahang semalam.

GEORGE TOWN – Seramai 250 sukarelawan menyertai program ‘Friends of Sea Turtles’ dalam usaha menyokong pemeliharaan habitat penyu di Taman Negara Teluk Bahang di sini semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, program tersebut diadakan sempena Hari Kitar Semula Global yang disambut pada 18 Mac setiap tahun.

Menurutnya, penganjuran itu diadakan bersama KAO Group Penang dan Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara dengan kerjasama rakan-rakan agensi seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pulau Pinang (Perhilitan).

“Program ini turut disertai para sukarelawan daripada pelbagai agensi dan acara dimulakan dengan acara mendaki ke Pantai Keranchut untuk ke Pusat Konservasi Penyu.

“Antara program yang diadakan adalah penanaman pokok mempari, kelapa pandan dan 100 anak pokok merambong turut disemai untuk menggalakkan penyu bertelur di pantai itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut diadakan adalah pemasangan empat unit lampu solar oleh Institut Kemahiran Mara (IKM) Seberang Perai Utara, penyerahan dua unit ‘hand blower’ untuk kegunaan Jabatan Perikanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pulau Pinang.

“Para peserta amat bertuah kerana berpeluang menyaksikan anak penyu yang baru menetas. Justeru, usaha pemeliharaan penyu sangat bertepatan kerana ekosistem hidupan laut juga bergantung kepada fungsi penyu sendiri yang membantu mengawal pembiakan obor-obor yang merupakan makanan kepada salah satu spesies penyu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI