fbpx

Ramalan cuaca ribut petir, hujan lebat sehingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan ramalan cuaca signifikan sehingga 23 Mac nanti.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu menyebabkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 23 Mac ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan, dijangka ribut petir berlaku di beberapa tempat di Kedah, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Selain itu, hujan juga dijangka akan berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak, Kelantan dan Terengganu.

Bagi Sabah pula, ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di Pedalaman dan Pantai Barat manakala hujan dijangka di satu dua tempat di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Menurut laporan itu lagi, di Sarawak pula ribut petir boleh berlaku di satu dua tempat pada petang ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI