fbpx

Anak minta bantu cari ayah hilang di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli dipercayai hilang di Mekah ketika melaksanakan ibadah tersebut selepas gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Seorang warga emas, Rosli Saleh, 62, dipercayai hilang di Mekah ketika melaksanakan ibadah umrah selepas gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

Anaknya, Muhammad Farid Rosli, menerusi laman Facebook Grup Umrah berkata, ayahnya menunaikan ibadah tersebut tanpa ejen dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan ayahnya itu.

“Saya minta jasa baik tuan puan untuk mencari ayah saya di Mekah. Dia pergi secara sendiri bukan bersama agensi. Kami terputus hubungan dan WhatsApp terakhir pada Jumaat lepas.

“Lokasi terakhirnya ialah di Hotel Rehab Al-Misk, mungkin dah keluar sebab ada ubah suai. berdasarkan garis masa peta Google, dia ada ke lokasi bernama At Taysir.

“Ayah sepatutnya daftar masuk ke Hotel Snood Ar Rayan pada 12 hingga 20 Mac dan biasanya hampir setiap waktu dia buat sunat tawaf di aras dua. Dia selalu pakai baju-T bersama seluar yang ada banyak poket dan sandang beg hitam jenis Kipling.

“Dia juga selalu pergi berhampiran Hotel Hilton untk beli makanan. Apa-apa boleh hubungi saya di talian 0192349966,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang warga emas, Ibrahim Omar, 67, hilang ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci namun berjaya dijumpai semula selepas hampir sepuluh hari.

Ibrahim ditemui oleh pihak mutawif yang turut bersama-sama terlibat mengesan warga emas itu sekitar pukul 3 petang.

Berbeza dengan Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang masih belum ditemui apabila gagal dijejaki sehingga kini.

Dia dikatakan mengalami demam panas pada 12 Disember lalu sebelum kehilangannya turut menjadi misteri apabila ada berita mengatakan melihat kelibatnya di beberapa kawasan tempat tumpuan umat Islam mengerjakan umrah dan haji itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI