PETALING JAYA – Penyandang Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin dilihat mampu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.
Sehingga pukul 12.30 tengah hari ini, beliau tampil cemerlang di kedudukan teratas dengan catatan sebanyak 164 undian jauh meninggalkan pesaingnya, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin (9).
Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO pula, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dilihat selesa dengan 115 undi di kedudukan pertama.
Menerusi kedudukan terkini, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, masih selesa mengekalkan kedudukan tiga teratas bersama penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagi jawatan Naib Presiden UMNO 2023.
Setakat pukul 12.30 tengah hari ini, Wan Rosdy kekal mendahului dengan 119 undi daripada 189 bahagian manakala Johari di tangga ketiga (99) undi manakala Mohamed Khaled Nordin (110). – KOSMO! ONLINE