KOTA TINGGI – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said terus mempertahankan kedudukannya selaku Ketua UMNO Bahagian Pengerang dalam pemilihan kali ini.
Pertandingan dua penjuru itu menyaksikan Azalina menang dengan 261 undian, manakala pencabarnya, Datuk Mhd Tahir Mohd. Noah memperolehi 10 undi.
Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Pengerusi Tetap, Yahya Hamzah dimana bagi Naib Ketua UMNO Bahagian dimenangi oleh Abdul Hadi Sydee dengan 189 undian menewaskan pencabarnya Ghazali Abas yang meraih 80 undian.
Seramai 283 perwakilan menghadiri persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pengerang yang diadakan di Lotus Desaru Beach Resort.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menerajui UMNO Pengerang sejak tahun 2008 turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini. – KOSMO! ONLINE