fbpx

Areeqa kena buli sebab rambut keriting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN bidang peragaan, Areeqa juga meminati seni dan pandai bermain gitar.

MAHU menjadi inspirasi kepada wanita bertubuh besar, gadis Pesona Ahad minggu ini, Sharifah Areeqa tidak tergugat dalam mengejar cita-cita sebagai model.

Memiliki ketinggian 1.62 meter dan berambut keriting, anak kelahiran Singapura itu tidak pernah patah semangat untuk melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

Cerita Areeqa, 23, pengli­batannya dalam bidang peragaan adalah hasil dorongan ibu bapanya sejak sekolah lagi. Kepada Kos­mo! Ahad, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam

Kolej Damansara Utama (KDU) itu berkongsi serba sedikit mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Boleh kongsikan mengenai diri Areeqa?
Areeqa: Saya dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Malaysia, anak bongsu daripada tiga beradik dan seorang yang pe­riang. Saya suka mengekspresi diri dalam pelbagai perkara melibatkan fizikal dan seni.

Bagaimana mula menyertai bidang modeling?
Sebelum ini saya seorang penari latar bagi rancangan te­levisyen antaranya Akademi Fantasia. Saya dibesarkan dalam keluarga yang meminati seni kerana bapa pe­ngarah animasi. Ibu sentiasa memberi galakan untuk menyertai uji bakat. Saya menyertai modelling selepas tamat sekolah dan bercadang untuk meneroka bidang ini secara serius.

Bagaimana Areeqa menjaga rambut keriting?
Memiliki rambut keriting memerlukan pelaburan besar kira-kira RM500 sebulan dan mengambil masa dua hingga tiga jam untuk menyiapkannya. Saya juga kerap buat ‘content’ tip penjagaan rambut di media sosial.

Apa cabaran yang dihadapi Areeqa?
Sewaktu zaman sekolah, saya digelar megi atau sarang tebuan sehingga guru minta saya meluruskan rambut kerana mengganggu pelajar lain. Semua itu meninggalkan kesan terhadap mental saya. Dalam dunia mo­deling, ia agak sukar pada permulaannya disebabkan saya memiliki ‘curvy body’. Bagaimanapun, saya sentiasa melakukan yang terbaik dan tidak mengubah apa-apa. Sekarang ramai yang sudah buka mata tidak memandang model badan kurus dan putih

Hobi masa lapang Areeqa?
Saya suka bermain muzik se­perti drum, gitar dan ukulele.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya suka lelaki yang boleh buat saya ketawa sekuat hati dan pandai berbicara. Paling pen­ting dia lebih tinggi daripada saya. Saya merancang untuk bernikah pada usia 27 tahun, tidak terlalu awal atau lambat.

Pendapat Areeqa tentang Malaysia?
Saya suka tinggal di Malaysia walaupun netizennya agak lantang, tetapi mereka bersatu. Paling ditakuti kadar jenayah yang boleh dikira tinggi tapi masih terkawal. Saya faham ada yang terdesak sehingga mereka sanggup melakukan jenayah, namun masih ramai juga yang baik hati. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI