fbpx

Lelaki cemburu tembak kepala bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuthida dikejarkan ke hospital selepas ditembak oleh Samphong. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki menembak kepala bekas teman wanitanya di wilayah Nakhon Pathom, tengah Thailand kerana mangsa enggan kembali bersamanya, lapor laman berita Thaiger.

Balai Polis Kamphaeng Saen menerima aduan mengenai seorang individu yang ditembak dan cedera parah di sebuah rumah di mukim Sa Si Mum pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam, lapor akhbar KhaoSod.

Mangsa bernama  Anuthida dan berusia 27 tahun, ditembak di kepala, lengan dan kaki menggunakan sepucuk pistol.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui ‘kolam’ darah di dalam sebuah bilik tidur mangsa, manakala dia telah dibawa oleh saudara-maranya ke Hospital Kamphaeng Saen.

Saudara Anuthida berusia 23 tahun, Pawanrat memberitahu polis bahawa kira-kira lima orang tinggal di kediaman tersebut.

Pada awal pagi, bekas teman lelaki Anuthida yang berusia 52 tahun, Somphong tiba di rumah tanpa diundang. Mereka kemudian bertengkar selama berjam-jam, kata Pawanrat.

Somphrong cuba kembali semula dengan Anuthida tetapi mangsa enggan menerimanya. Anuthida kemudian menyuruh lelaki itu pulang tetapi dia menolak.

Ketika Anuthida masuk ke biliknya, Samphong turut mengikutinya dan pada ketika itu Pawanrat mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.

Pawanrat yang berlari ke bilik itu menemui Anuthida di atas lantai dan mengalami sesak nafas sebelum dia bersama saudaranya membawa mangsa ke hospital.

Polis bagaimanapun belum melaporkan penangkapan Samphong, manakala keadaan Anuthida juga belum dapat dipastikan.

Menurut polis, Anuthida mempunyai teman lelaki baharu sejak dua atau tiga bulan lalu yang menyebabkan Samphong cemburu. Suspek cuba memujuk mangsa tetapi dia tidak dilayan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI