fbpx

Liga Super: JDT tidak mampu disekat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tidak berdepan masalah melebarkan rekod kemenangan selepas membenam Selangor 4-0 pada aksi kelmarin.

AKSI menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Peta­ling Jaya, kelmarin menjadi pentas buat pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari me­lakukan eksperimen bagi membantu Arif Aiman Hanapi me­nyerlahkan lagi potensi dimilikinya serta mencuba dimensi baharu dalam permainan.

Pada perlawanan itu, Harimau Selatan jelas terlalu unggul untuk mengesahkan kemenangan bersih dalam lima perlawanan awal dengan menewaskan Gergasi Merah 4-0.

“Arif adalah seorang pemain yang mempunyai potensi besar dan saya mahu beri peluang kepadanya untuk menyerlahkan lagi kemampuannya. Saya tidak mahu dia hanya bermain di satu posisi.

“Dia ada potensi dan dia kena tingkatkan lagi kemampuannya. Apa pun saya cukup suka dengan sikap ditunjukkan oleh Arif, khususnya di babak kedua,” katanya.

Selepas Selangor berjaya mengikat kedudukan sepanjang 45 minit pertama, Juan Muniz hanya memerlukan 10 minit di babak kedua untuk membuka jaringan diikuti jaringan kedua menerusi Diogo Luis Santo sebelum Fernando Forestieri melengkapkan dua lagi jaringan JDT.

Dalam masa sama, Solari juga akui tiga mata kali ini cukup pen­ting terutamanya ketika berdepan lawan yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan.

“Perlawanan yang penting menentang salah satu pencabar kejuaraan dan kami juga tetap menghormati mereka kerana dibarisi pemain serta jurulatih yang bagus. Saya gembira dengan pemain kerana mereka sudah menyerlahkan karakter sebenar.

“Di babak pertama kami ada peluang, tetapi tidak dapat sudahkannya dengan jaringan. Di babak kedua, kami mula kawal permainan, tampil lebih efektif dan bagi saya jaringan ketiga jelas menghadirkan lebih keyakinan kepada kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI