fbpx

Juruteknik komputer mabuk didakwa bawah akta baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yen Yew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang juruteknik komputer menjadi individu pertama di negeri ini yang didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang mula dikuatkuasakan Jumaat lalu.

Tertuduh, Saw Yen Yew, 22, yang berasal dari Sungai Ara, Bayan Lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dua hari lalu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Mengikut pertuduhan, Yen Yew didakwa menunggang motosikal dalam keadaan melebihi kadar alkohol yang ditetapkan iaitu 125mg alkohol dalam 100 darah di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu pada pukul 2.55 pagi Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Ismail Mohamad.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 27 November ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI